“Bahagia berjemaah…”- Genap Usia 39, Rezeki Fazura Mengalir Deras Berkat Istiqamah & Kerja Keras


Bahagia melihat kebahagiaan Fazura menjelang tibanya hari ulang tahun kelahirannya yang ke-39. Wanita jelita yang dilahirkan tanggal 27 September 1983 itu dilihat telah diraikan dalam sebuah ‘Birthday Bash’ di JW Marriot Kuala Lumpur bersama ahli keluarga dan rakan-rakan rapat.

“Sambutan awal hari jadi saya bersama stokis Trudolly, team dan rakan-rakan…” Fazura

Sambil mengucapkan jutaan terima kasih buat sahabat karibnya, Puteri Zarith, Fazura yang juga pengasas empayar bisnes Fazbulous, Fazura Skincare, Fazura Beauty, Tudung Fazura dan Trudolly sentiasa mengutamakan ‘circle’ yang sihat serta positif.

“Bahagia Berjemaah…” Genap Usia 39, Rezeki Fazura Mengalir Deras Berkat Istiqamah & Kerja Keras

“Bahagia Berjemaah…” Genap Usia 39, Rezeki Fazura Mengalir Deras Berkat Istiqamah & Kerja Keras

“Bahagia Berjemaah…” Genap Usia 39, Rezeki Fazura Mengalir Deras Berkat Istiqamah & Kerja Keras

“Bahagia Berjemaah…” Genap Usia 39, Rezeki Fazura Mengalir Deras Berkat Istiqamah & Kerja Keras

“Banyak betul kita ketawa ya.. sakit perut sampai habis. Thank you buat semua yang datang meraikan birthday Faz walaupun belum my actual birthday, for your wishes and duas that means so much to me. Loveee you all so much…” Fazura

Tampil elegan dalam dress serba hitam Mimpi Kita, penampilan Fazura malam itu jelas menjadi tumpuan mata. Isteri kepada aktor Fattah Amin dan ibu Nur Fatima Aisya tersebut jelas bergembira dengan kejutan majlis yang diadakan sambil dikelilingi mereka yang disenangi.

“Bahagia Berjemaah…” Genap Usia 39, Rezeki Fazura Mengalir Deras Berkat Istiqamah & Kerja Keras

PERNIAGAAN

Menyifatkan kejayaan Tudung Fazura sebagai rezeki luar biasa daripada Maha Pemurah, wanita berusia 39 tahun itu terus berpegang pada nawaitu ingin membantu lebih ramai usahawan wanita.

Sambil bergiat aktif dalam dunia seni, Fazura juga bergelar usahawan dalam masa yang sama. Pembukaan butik House of Doll di Bangsar merupakan percaturan awal beliau dalam dunia perniagaan.

“Bahagia Berjemaah…” Genap Usia 39, Rezeki Fazura Mengalir Deras Berkat Istiqamah & Kerja Keras

“Bahagia Berjemaah…” Genap Usia 39, Rezeki Fazura Mengalir Deras Berkat Istiqamah & Kerja Keras

Tudung Fazura antara jenama hijab masa kini yang mencipta fenomena, sekaligus meletakkan nama beliau sebaris dengan usahawan selebriti Muslimah paling disegani.

KERJAYA

Fazura terlebih dahulu menceburi bidang pengacaraan sebelum terjebak dalam dunia lakonan. Menjadi hos rancangan RTM, Teens World (TV2) disusuli dengan beberapa tawaran berlakon yang datang mencurah.

Beliau berjaya meraih anugerah Pelakon Harapan Wanita Terbaik FFM17 menerusi filem sulungnya, Bicara Hati ketika usia baru menginjak 21 tahun.

Bakat Fazura telah dikesan oleh pelakon veteran terkenal, Datin Rosnani Jamil. Fazura terus mencipta nama apabila membawa pulang Anugerah Pelakon Pembantu Wanita Terbaik Filem, Anugerah Skrin 2010 melalui filem Pisau Cukur.

Di FFM27, sekali lagi telah dinobatkan sebagai Pelakon Wanita Terbaik melalui filem Manisnya Cinta di Cappadoccia.

Masih ingat lagi, Fazura pernah digelar Kim Kardashian Malaysia kerana menjadi artis pertama yang mempunyai program realiti sendiri? Facing Up To Fazura yang bersiaran di saluran E! Asia umpama ruang keemasan untuknya bergelar selebriti antarabangsa.

Tidak sekadar cemerlang di layar perak, Fazura terus mengukir nama dalam bidang nyanyian. Penyanyi jelita ini pernah tampil dengan beberapa single antaranya Sayangi Dirimu, Hancur Aku, Cinderella dan Bisa Apa.

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!

Jangan Lupa Juga Untuk Follow Kami di Page

Sumber: NONA

PERHATIAN: Pihak kami tidak akan bertanggungjawap langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak kami juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawap anda sendiri.


Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *