“MasyaAllah, cantik betul..”- Tak Sangka Tulisan Pada Ilustrasi Sejarah Melayu Ini Rupanya Hasil Tangan Emma Maembong!

“MasyaAllah, cantik betul..”- Tak Sangka Tulisan Pada Ilustrasi Sejarah Melayu Ini Rupanya Hasil Tangan Emma Maembong!

Mungkin ramai yang tidak tahu pelakon Emma Maembong merupakan anak kepada pelukis terkenal Ismail Embong. Jika disebut nama Ismail Embong, beliau antara pelukis negara yang cukup dikenali dalam kalangan orang seni.

Pada tahun 2015, beliau yang merupakan Tokoh Pelukis Negara pernah membuat pameran Ilustrasi Sejarah Melayu Terpanjang Di Dunia yang diadakan di Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM). Tahukah anda tulisan atau teks yang berada di bawah Ilustrasi Sejarah Melayu ini rupa-rupanya dihasilkan oleh Emma Maembong?

Baru-baru ini, Ismail Embong kembali mengimbau semula kenangan semasa anaknya menyiapkan tulisan atau teks tersebut pada sekitar tahun 2012. Menurutnya lagi, pada ketika itu Emma masih lagi belum menceburkan diri dalam bidang lakonan dan tidak dikenali oleh pengunjung yang hadir melihat pameran itu.

“Ramai terkejut dan kurang percaya bila ayoh beritahu yang tulisan text Sejarah Melayu (SM) di lukisan terpanjang dunia itu adalah tulisan Emma.”

Pelukis negara itu memberitahu beliau diberikan ruang tersebut oleh Kementerian pada tahun 2005 untuk berkarya. Menerusi hantaran yang dimuat naik di Facebook itu, beliau turut berkongsikan beberapa gambar Emma yang sedang tekun menyiapkan karya tersebut walaupun semasa menerima kunjungan daripada beberapa pengunjung.

emma

ismail embong

Menurutnya, gambar yang dikongsikan ini adalah pada sekitar pertengahan tahun 2012 di mana Emma membantunya menyiapkan tulisan atau teks tersebut. Selepas beberapa bulan tugasnya selesai, Emma mula menceburkan diri di dalam bidang lakonan pada penghujung tahun yang sama.

Perkongsian itu turut menarik perhatian netizen yang rata-ratanya terkejut melihat hasil kerja Emma yang mewarisi bakat seni bapanya ini. Malah ramai juga netizen yang memberikan pujian di atas hasil kerja tulisan yang dilakukan Emma pada Ilustrasi Sejarah Melayu itu.

Komen Netizen:

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!

Jangan Lupa Juga Untuk Follow Kami di Page

Sumber: HCL

PERHATIAN: Pihak kami tidak akan bertanggungjawap langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak kami juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawap anda sendiri.


Leave a Reply

Your email address will not be published.