“Tangan Fattah Amin Boleh Pulak Bau Sambal,”- Fazura disolek oleh ‘Hubsbaby’ sempena hari lahirnya


Tanggal 27 September merupakan hari ulang tahun kelahiran selebriti dan usahawan terkenal, Nur Fazura.

Sempena ulang tahun kelahirannya yang ke-39, Fazura sekeluarga telah mengambil keputusan pergi bercuti di Langkawi bagi meraikan hari penuh bermakna buat dirinya.

Menariknya, satu video yang baru dikongsi di Youtube channel “MyFazura” telah menjadi tumpuan ramai apabila “Hubsbaby”, Fattah Amin telah diberikan tugas khas iaitu make-up wajah Fazura untuk makan malam bagi meraikan hari lahirnya.

Agak-agak Fattah ada bakat tak dalam bidang solekan? Jom kita tengok hasilnya.

Rata-rata netizen yang menonton video ini sangat terhibur melihat gelagat pasangan kesayangan ramai ini. Berbakat juga rupanya Hubsbaby dalam bidang solekan ya, cuma kenapa tangan boleh berbau sambal? Siap pakej dia bagi! kata Fazura.

Alahai “bersemut” kan tengok dorang. Mesti ramai yang tersengih sorang-sorang ketika menonton video ini, baik ngaku!.  – CAR

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!

Jangan Lupa Juga Untuk Follow Kami di Page

Sumber: CARI

PERHATIAN: Pihak kami tidak akan bertanggungjawap langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak kami juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawap anda sendiri.


Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *