[VIDEO] “Girlfriend Baba Ke Mommy Lgi Cantik?”- Soalan Cepumas Sharnaaz Pd ebat Jayden Jadi Bualan Netizen


Gelagat pelakon terkenal, Sharnaaz Ahmad meraih perhatian ramai setelah mengajuian soalan cepumas kepada putera sulungnya, Jebat Jayden.

Ia susulan sebuah video ‘review’ anak-beranak itu tular di media sosial TikTok baru-baru ini menjadi sebutan netizen di media sosial.

Video berdurasi 1:47 minit itu menunjukkan perbualan antara Sharnaaz yang bertanya kepada Jebat sama ada benar bapanya itu ada kekasih hati.

“Boy, Baba ada girlfriend ke?,” soal Sharnaaz.

“Ada, betul Baba ada girlfriend,” jawab Jebat.

“Baby tau tak sebab Baby satu Malaysia ingat ingat Baba ada girlfriend. Nama girlfriend Baba, Ika. (Tunjuk Sharnaaz),” katanya.

“Jadi Baby kena kawan?,” tanya Jebat.

“Baby kena kawanlah dengan girlfriend Baba baru steady. Ok Mommy cantik tak? Cantikkan? Mommy pandai masak tak? Pandaikan.

“Baba nak tanya, girlfriend Baba ke Mommy lagi cantik?” soal Sharnaaz.

“Girlfriend Baba cantik dengan Mommy cantik,” kata Jebat dengan wajah tersenyum riang.

Dikesempatan itu, aktor hebat itu turut sempat memberi pesanan kepada anakandanya itu untuk menjaga hati ibunya tersayang.

“Bagus, tapi kalau orang tanya kena cakap Mommy cantik lagi. Kalau Boy cakap salah, habis Baba,” kata Sharnaaz.

Menerjah ke ruangan komen, video tersebut turut membuat rata-rata netizen sebak melihat gelagat dua beranak itu.

Ada juga dalam kalangan netizen yang memuji cara Sharnaaz mendidik Jebat dalam menjaga hati Nabila meskipun telah berpisah.

Semasa artikel ini ditulis, video tersebut meraih sebanyak 700,000 tontonan, 48,000 tanda suka dan 300 komen.

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!

Jangan Lupa Juga Untuk Follow Kami di Page

Sumber: xtra

PERHATIAN: Pihak kami tidak akan bertanggungjawap langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak kami juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawap anda sendiri.


Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *