[VIDEO] “Tak mintak banyak cuma nk..”- Penampilan Terkini Aprena Manrose Tarik Perhatian Netizen


Aprena Manrose mencuri perhatian apabila hadir sebuah majlis ilmu dengan memakai purdah.

Menerusi video yang dimuat naik di Instagram, dia hadir ke sebuah majlis ilmu yang dihadiri wanita sahaja dengan memakai jubah dan berniqab.

Sia meluahkan rasa syukur apabila diberi kesempatan dalam menghadiri majlis ilmu tersebut demi memperbaiki diri lebih baik berbanding sebelum ini.

“Alhamdulillah atas rezeki yang diberi untuk menghadiri majlis ilmu agama. Ramai sangat yang datang. Alhamdulillah.

“Ya Allah bantulah aku untuk sentiasa menghadiri majlis ilmu kerana sesungguhnya aku ini insan yang lemah. InsyaAllah. Semoga kita semua terus usaha atas iman dan istiqomah ke jalan Allah,” katanya.

 

Lihat siaran ini di Instagram

 

Siaran dikongsi oleh WAN SYAHERA PUTRI APRENA (@mrsaprenamanrose)

Bukan itu sahaja, Aprena turut terharu apabila menerima maklum balas positif daripada netizen dan meminta doa agar dia sentiasa istiqamah untuk menutup aurat dengan lebih sempurna.

“Terima kasih atas komen yang baik. Allah Maha Baik. dalam kita mencariNya, Dia sentiasa membuka ruang dan jalan seluas-luasnya.

“Allahuakhbar. Mohon doa dari kalian untuk sentiasa doakan saya terus istiqomah dan semoga doa berbalik pada kalian. Insya-Allah,” katanya.

 

Lihat siaran ini di Instagram

 

Siaran dikongsi oleh Founder Wawawien™️ (@awinzulkifli)

Di ruangan komen, rata-rata netizen berbangga dengan perubahan yang dilakukan oleh pelakon yang berusia 29 tahun itu untuk menjadi seorang muslimah yang baik..

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!

Jangan Lupa Juga Untuk Follow Kami di Page

Sumber:CARI

PERHATIAN: Pihak kami tidak akan bertanggungjawap langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak kami juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawap anda sendiri.


Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *